MOSCOW, 22 NOV – Perkhidmatan Parlimen Eropah, Suruhanjaya Eropah dan Agensi EU bagi Keselamatan Siber (ENISA) kelmarin mengadakan latihan keselamatan siber bagi persediaan menghadapi pilihan raya 2024, lapor Sputnik.
Latihan itu diadakan di Parlimen Eropah dan dihadiri oleh wakil agensi pilihan raya dan keselamatan siber negara, termasuk pemerhati dari pelbagai badan EU.
Menurut kenyataan itu, ia bertujuan meningkatkan kapasiti peserta untuk bertindak balas terhadap insiden keselamatan siber dan mengemas kini semula protokol sedia ada semasa proses pilihan raya.
ilihan raya Parlimen Eropah dijadual berlangsung dari 6 hingga 9 Jun 2024. – Bernama
