Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Institusi kewangan perlu tubuh Fungsi Pengendalian Aduan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mengeluarkan notis kepada semua institusi kewangan yang dilesenkan oleh AMBD bagi penubuhan Fungsi Pengendalian Aduan di institusi kewangan masing-masing, berkuat kuasa 1 Januari depan.

    AMBD dalam satu kenyataan hari ini berkata, notis tersebut memberikan para pengguna kewangan sebuah mekanisme yang lebih berkesan bagi pengendalian dan penyelesaian aduan-aduan produk dan perkhidmatan kewangan masing-masing.

    Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan AMBD untuk memperkukuhkan lagi perlindungan pengguna kewangan.

    Menurut AMBD, dibawah notis tersebut, Fungsi Pengendalian Aduan berkenaan akan bertanggungjawab dalam mengendalikan aduan dan prosedur pembetulan yang mudah diakses, berdikari, adil, bertanggungjawab, tepat pada masanya dan berkesan dalam menyelesaikan aduan yang berhubung dengan transaksi kewangan para pengguna.

    Fungsi pengendalian aduan itu juga akan menjadi platform pertama bagi pelanggan untuk menghadapkan aduan terhadap institusi kewangan masing-masing.

    AMBD berkata, institusi-institusi kewangan berkenaan hendaklah memberikan maklum balas muktamad dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

    “Jika maklum balas muktamad tidak dapat diberikan dalam tempoh 30 hari tersebut, institusi kewangan berkenaan dikehendaki memaklumkan secara bertulis kepada pelanggan yang membuat aduan mengenai sebab-sebab bagi kelambatan tersebut, serta memaklumkan bahawa pelanggan tersebut berhak untuk menghadapkan aduannya kepada pihak AMBD.

    “Jika aduan berkenaan masih tidak dapat diselesaikan secara memuaskan oleh institusi kewangan berkenaan di dalam tempoh enam bulan daripada tarikh menerima aduan tersebut, pengadu bolehlah menghadapkan aduan tersebut kepada AMBD.

    “Pihak AMBD boleh, jika bersesuaian, mengarahkan bagi aduan tersebut diselesaikan secara pengantaraan di Pusat Timbangtara Negara Brunei Darussalam,” kata kenyataan itu lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda