Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Insuran TAIB jelaskan manfaat Skim Takaful Pelajar

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    TEMBURONG, 1 Mac – Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd hari ini dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai kepentingan penyertaan dalam Skim Takaful Pelajar di Sekolah Rendah Amo, Temburong.

    Dalam taklimat berkenaan, Awang Halidanhalidi bin Bundan menyentuh bagaimana peserta Skim Takaful Pelajar boleh menerima manfaat komprehensif, harga terjangkau mengikut bajet masing-masing dan direka khas untuk memberikan perlindungan kepada pelajar.

    Skim tersebut menyediakan manfaat takaful seperti khairat kematian dan cacat anggota secara kekal kesan daripada kemalangan, pampasan pengebumian dan elaun hospital akibat kemalangan. Skim itu juga direka untuk melindungi pembayaran perubatan bagi pembedahan akibat kemalangan atau kecederaan.

    Awang Halidanhalidi ketika menyampaikan taklimat di Sekolah Rendah Amo.

    Selain itu, ia juga memberikan elaun pendidikan jika ada salah seorang daripada ibu bapa atau penjaga yang dilindungi mengalami kemalangan yang membawa kematian, kehilangan anggota badan, kerosakan buku teks akibat kemalangan jalan raya atau kebakaran rumah.

    Dengan sumbangan takaful tahunan mengikut harga yang ditetapkan, pelajar akan mendapat perlindungan komprehensif jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda