Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Insurans Islam TAIB beri penghargaan kepada guru

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Sempena Hari Guru 2017, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd baru-baru ini mengagihkan 25 kek Hari Guru kepada 25 buah sekolah terpilih yang menyertai Skim Takaful Pelajar Insurans Islam TAIB.

    Sumbangan kek istimewa itu adalah bagi menghargai jasa guru mendidik dan membimbing para pelajar menjadi insan yang berpengetahuan dan berguna.

    Pengagihan kek-kek disempurnakan oleh wakil-wakil Insurans Islam TAIB Holdings. Ketua Bahagian Perkembangan Perniagaan dan Pemasaran Insurans Islam TAIB, Haji Abdul Majid bin Haji Hidup mengatakan pengagihan itu adalah untuk mengingatkan Hari Guru sebagai peristiwa penting pendidikan yang berperanan besar dalam kejayaan masyarakat dan seterusnya merealisasikan kemajuan negara.

    Pengagihan kek Hari Guru ke sekolah-sekolah disempurnakan oleh wakil-wakil Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd.
    Sumbangan kek istimewa bagi menghargai jasa guru sempena Hari Guru 2017.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda