BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITH) dan anak syarikatnya; Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd (IITGT) dan Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd (IITFT) menyampaikan Kad Utama Guru mereka bersempena Hari Guru kepada sekolah-sekolah dan guru-guru yang di negara ini.
Penerima Kad Utama Guru adalah guru-guru yang dilindungi di bawah Pelan Takaful Guru yang ditawarkan oleh IITFT dan sekolah yang mengambil produk tersebut dalam Takaful Pelajar Kumpulan yang ditawarkan oleh IITGT.
Hadir semasa acara penyerahan tersebut ialah Pemangku Pengarah Urusan IITH, Hajah Nornaimah binti Haji Zainip; Pengurus Besar IITGT, Haji Zamrin bin Haji Abdul Ghani; dan Pegawai Eksekutif IITFT, Awang Ahmad Mamduh bin Abdul Wahab kepada pengetua Sekolah Seri Mulia Sarjana, Nusa Sekolah Laila Puteri dan Sekolah Al-Falah.
Kad Utama Guru juga akan diserahkan kepada 43 sekolah yang lain yang terletak di keempat-empat daerah. Pemegang kad kini dapat menikmati potongan tambahan dan faedah percuma untuk produk IITGT terpilih.
