Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Intan Najuwa dilayan bak puteri raja

    Demi membahagiakan isteri tersayang, suami pelakon kelahiran Malaysia, Datin Intan Najuwa menyewa dua trak dipenuhi kuda ke sebuah lokasi tepi pantai di New Zealand.

    Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, berkata, kuda berkenaan dibawa ke tepi pantai bagi membolehkan mereka menunggang selain bermain polo di tepi pantai.

    Kata Najuwa dia teruja dengan percutian yang dirancang oleh suami iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman yang penuh dengan kejutan.

    “Suami saya membawa dua buah trak kuda hanya untuk ditunggang dan bermain polo di pantai.

    “Perkara itu adalah gila tetapi menakjubkan. Saya sangat seronok,” katanya.

    Suami bawa dua trak kuda untuk Intan ketika bercuti di New Zealand. – mStar

    Intan berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya yang turut memaparkan dirinya menunggang kuda di persisiran pantai tersebut.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu dengan kehidupan baharu yang dimiliki oleh Intan.

    Malah mereka juga menganggap Intan dilayan seperti puteri raja oleh suaminya.
    “Impian setiap wanita, betul duit boleh beli kebahagiaan.

    “Doa apa ya nak guna untuk dapatkan hidup macam ini?

    Bestnya kaya unlimited. Memang kena gunakan dengan sebetulnya,” antara komen warganet.

    Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepada Azraf dengan sekali lafaz yang diadakan di sebuah resort mewah.

    Pada majlis tersebut, Azraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda