Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inteam tolak tanggapan genre nasyid makin pudar

    Kumpulan nasyid Malaysia, Inteam menolak tanggapan aura atau kegemilangan genre nasyid semakin merudum apabila ada konsert nasyid terpaksa ditunda.

    Menurut Harian Metro, Inteam yang dianggotai Mohd Syahril Abdul Khalid, Hisyam Ahmad, Abdul Rahim Osman, Hazamin Harun berkata, pelbagai aspek perlu diambil kira apabila mahu mengadakan sesebuah konsert.

    “Tak dinafikan ada beberapa acara membabitkan konsert nasyid yang tiketnya tiada sambutan. Tapi di pihak Inteam kami dah anjurkan beberapa siri konsert nasyid seperti Konsert Nasyid Legenda dan 20 Tahun Inteam, alhamdulillah tiket dapat sambutan.

    “Cuma saya rasa kegagalan yang berlaku mungkin kerana strategi yang kurang baik atau masa yang kurang sesuai. Kadang-kadang tarikh konsert itu terlalu berdekatan sangat.

    Inteam akan menjayakan Konsert Inteam 25 Tahun dijangkakan pada 27 September di Zepp Kuala Lumpur. – mStar

    “Kalau mana-mana kumpulan nasyid nak buat konsert, seelok-eloknya berpakat. Biar ada jarak,” kata mereka ditemui pada majlis Iftar Inteam Bersama Media, pada malam Sabtu.

    Inteam berkata, walaupun konsert nasyid, keperluan untuk menampilkan artis mainstream perlu ada sebagai tarikan.

    “Kita kena bekerjasama juga dengan artis-artis lain. Jangan hanya kita saja, biar penonton lebih luas. Tak salah kalau nasyid ditampilkan artis rock, hip hop supaya audiens lebih luas,” kata mereka.

    Inteam akan menjayakan Konsert Inteam 25 Tahun dijangkakan pada 27 September di Zepp Kuala Lumpur.

    Acara itu bakal menjadi satu lagi pencapaian besar bagi kumpulan yang sudah berada dalam industri selama lebih dua dekad ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda