Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Integrasi biometana dalam sektor O&G bantu Malaysia capai matlamat ESG

    LABUAN, 3 NOV – Biometana muncul sebagai bahan api alternatif yang menggalakkan dalam sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia, menekankan komitmen negara terhadap kelestarian alam sekitar, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin.

    Beliau berkata biometana boleh berperanan penting dalam membantu Malaysia mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan mengawal pelepasan karbon dalam industri tenaga.

    “ESG telah menjadi keutamaan nega-ra memandangkan kita berhasrat untuk mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan tanggungjawab alam sekitar,” katanya selepas menghadiri majlis pemilihan kepimpinan baharu DAP Labuan hari ini.

    Menurutnya, biometana adalah sumber bersih dan boleh baharu, justeru apabila diintegrasikan dalam sektor O&G Labuan, ia boleh membantu mengurangkan jejak karbon Malaysia di samping menyokong inisiatif tenaga lestari. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda