Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan soal integriti perkhidmatan awam, ia tidak boleh roboh, tetapi mesti sentiasa teguh kerana jika integriti roboh, pelbagai perkara negatif pasti akan berlaku.