Friday, March 7, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Integriti tunjang masa depan Sarawak – Timbalan Premier

    KUCHING, 6 MAC – Integriti bukan sahaja sebahagian daripada usaha nasional untuk membina negara bebas rasuah, tetapi ia adalah nilai yang sangat diutamakan Sarawak, kata Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

    Beliau berkata tanpa nilai integriti yang kukuh, semua pembangunan yang dibina Sarawak selama ini akan musnah.

    “Pada 2018, rakyat mempercayai kami dengan belanjawan RM5.8 bilion, yang bertujuan untuk digunakan sepenuhnya bagi pembangunan negeri.

    “Sarawak akan menjadi lebih makmur menjelang 2030, dengan belanjawan melebihi RM20 bilion. Ini bermakna generasi muda kita perlu dilengkapi dengan nilai integriti supaya dana yang diperuntukkan dapat digunakan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat,” katanya semasa sambutan Hari Integriti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kuching hari ini. – Bernama

    Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tiga, kanan) merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak 2025, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda