Saturday, July 26, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Intel kurangkan perbelanjaan, tenaga kerja demi pulihkan keuntungan

    CALIFORNIA, 25 JULAI – Syarikat Intel Corp. kini sedang mengurangkan ribuan pekerja dan perbelanjaan mereka ketika Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berusaha untuk memulihkan keuntungan syarikat pembuat cip tersebut yang suatu ketika dahulu menjadi pemacu utama Silicon Valley, namun syarikat itu kini telah dikalahkan oleh para pesaing seperti syarikat Nvidia Corp. dan Advanced Micro Devices Inc.

    Dalam satu memo yang dikeluarkan kepada para pekerja kelmarin, CEO Lip-Bu Tan menyatakan syarikat Intel kini sedang merancang untuk menamatkan perkhidmatan mereka tahun ini dan syarikat tersebut sebelum ini turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja sebanyak 15 peratus iaitu daripada 99,500 pekerja pada akhir tahun lalu kepada sekitar 75,000 pekerja sahaja.

    Selain itu, syarikat berkenaan juga akan membatalkan beberapa projek yang dirancang sebelum ini di Jerman dan Poland serta memindahkan operasi pemasangan dan ujian di Costa Rica ke tapak yang lebih besar di Vietnam dan Malaysia.

    Costa Rica bagaimanapun akan kekal sebagai ‘hab kepada pasukan kejuruteraan utama dan fungsi korporat,’ kata Tan dalam memo berkenaan.

    Bagi suku kedua tahun ini, syarikat Intel turut melaporkan kerugian sebanyak AS$2.9 bilion atau 67 sen sesaham, berbanding kerugian AS$1.6 bilion atau 38 sen sesaham dalam tempoh sama pada tahun lalu. – AP

    Gambar fail ini menunjukkan logo Intel dipaparkan pada bahagian luar ibu pejabat Intel di Santa Clara, California, pada 12 Januari 2011. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda