Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Intel labur AS$7.1 bilion kembangkan operasi di M’sia

    KUALA LUMPUR, 17 DIS – Intel berkata ia akan melabur 30 bilion ringgit (AS$7.1 bilion) untuk mengembangkan operasi pengeluarannya di Malaysia ketika pembuat cip berusaha mempelbagaikan rantaian bekalan global mereka yang terjejas teruk oleh pandemik COVID-19.

    Syarikat semikonduktor Amerika Syarikat itu tidak asing lagi di Malaysia, di mana ia membina kilang pemasangan luar pesisir pertamanya di Pulau Pinang pada 1972.

    Namun pengeluar cip berpangkalan di Santa Clara, California itu berkata semalam pelaburan baharu itu akan mengembangkan operasi subsidiarinya di Pulau Pinang dan Kulim, mewujudkan lebih 4,000 pekerjaan Intel baharu dan lebih 5,000 pekerjaan pembinaan tempatan.

    Selain itu, 13,000 orang telah pun digaji oleh Intel di Malaysia, kira-kira 10 peratus daripada tenaga kerja global syarikat.

    “Pelaburan terbaharu ini merangsang peranan Malaysia sebagai tapak berpengaruh dalam rangkaian pengeluaran global Intel,” kata Mohamed Azmin Ali, menteri kanan perdagangan antarabangsa dan industri dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata ia akan mengembang pemasangan dan ujian pengeluaran Intel ‘sementara juga membangunkan keupayaan pemasangan dan pembungkusan canggih,’ dan membantu memenuhi permintaan global yang didorong oleh kekurangan cip akibat pandemik. – AP

    CEO Intel Corporation Pat Gelsinger bercakap semasa siding media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Malaysia kelmarin. Intel Corp akan melabur lebih AS$7 bilion untuk membina kilang pembungkusan cip baharu di Malaysia berikutan kekurangan semikonduktor global. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda