Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Intelsat fail permohonan kebankrapan

    WASHINGTON, 15 MEI – Operator satelit global, Intelsat, memfailkan permohonan kebankrapan kelmarin, dengan alasan gangguan terhadap perniagaannya disebabkan oleh pandemik, dan untuk menyusun semula operasi mereka.

    Penyataan di mahkamah kebankrapan AS di Virgina menyenaraikan hutang yang bernilai lebih dari AS$16 juta.

    Syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka ‘menguruskan kemerosotan ekonomi yang mempengaruhi beberapa pasaran disebabkan oleh krisis kesihatan global COVID-19.”

    Mereka mengatakan perlindungan kebankrapan akan membantu menyusun semula kunci kira-kira tatkala penyusunan semula operasi, dan perniagaan akan berterusan selama proses ini.

    Syarikat itu dijangkakan akan menerima AS$4.87 bilion untuk keluar dari jalur C yang diperlukan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS untuk 5G, atau rangkaian tanpa wayar generasi kelima di Amerika Syarikat (AS). – AFP

    Intelsat telah memfailkan permohonan kebankrapan dengan alasan gangguan terhadap perniagaannya disebabkan oleh pandemik dan untuk menyusun semula operasi mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda