Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inter beri kelebihan kepada Milan selepas terikat seri

    MILAN, 14 MAC – Inter Milan memberikan seteru rapat mereka, AC Milan kelebihan dalam saingan merebut gelaran juara Serie A kelmarin meskipun berjaya merampas satu mata selepas terikat 1-1 di Torino, sementara Napoli memintas kedudukan mereka ke tangga kedua dengan kemenangan 2-1 menentang Verona.

    Alexis Sanchez menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat perlawanan dalam pertemuan yang menghiburkan di Turin dan menyaksikan Inter berada di tangga ketiga, empat mata di belakang Milan.

    Pasukan Simone Inzaghi mempunyai kelebihan satu mata, akan tetapi mereka kini dikejar oleh Juventus, yang hanya tiga mata di belakang seteru mereka di kedudukan keempat selepas merekodkan 14 perlawanan tanpa kalah berturut-turut.

    Ia akan menjadi sesuatu perkara yang tidak dapat dibayangkan di mana Inter memungut empat mata di puncak liga dan 12 mata mendahului Juventus tetapi Inter kelihatan cuai sebelum Krismas.

    “Kami tahu apa yang perlu dilakukan, membuat langkah berbeza untuk perlawanan seperti ini, jika kami mahu mengekalkan kejuaraan,” Inzaghi memberitahu DAZN.

    Gol penyamaan Sanchez dibantu oleh Edin Dzeko, yang gagal menjaringkan gol selepas tandukannya tersasar dan percubaan jarak dekatnya tersasar beberapa minit sebelum rakan sepasukannya itu meledak gol.- AFP

    Aksi pemain tengah Inter, Hakan Calhanoglu mengawal bola semasa perlawanan Serie A menentang Torino di Turin, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda