MILAN, 17 JAN – Inter Milan terlepas peluang untuk mendominasi saingan kejuaraan Serie A baru-baru ini selepas terikat 2-2 di tempat sendiri dengan Bologna.
Kemenangan pastinya akan meningkatkan kedudukan juara bertahan Inter, satu mata di belakang pendahulu liga, Napoli yang mempunyai kelebihan satu perlawanan, dan mereka nampaknya akan melakukannya apabila Lautaro Martinez menjaringkan gol bagi pasukan tuan rumah untuk berada di depan pada separuh masa hasil dari hantaran silang, Federico Dimarco.
Bagaimanapun, rembatan Emil Holm yang terkena pemain Inter pada minit ke-64 memberikan jaringan untuk Bologna – yang juga mendahului gol pada minit ke-15 menerusi Santiago Castro tetapi diimbangi oleh jaringan Denzel Dumfries – keputusan seri di San Siro telah meletakkan Inter tiga mata di belakang Napoli.
“Kami bermain dengan baik… gol penyamaan mereka datang dari lantunan bola dan kami mempunyai peluang untuk memenanginya. Kami kecewa kerana tidak memperolehi tiga mata tetapi kami hanya boleh menghormati lawan malam ini,” kata jurulatih Inter, Simone Inzaghi.
Inter masih mempunyai kelebihan satu perlawanan, iaitu menentang Fiorentina yang sebelum ini terpaksa dihentikan kerana peristiwa serangan jantung, Edoardo Bove, semasa berada di padang dan masih belum dijadualkan semula.
Bagaimanapun, perlawanan baru-baru ini adalah peluang terbaik untuk memberi tekanan kepada Napoli dan Atalanta, kini berada di tempat ketiga yang akan bersaing di Bergamo esok.
Atalanta ketinggalan satu mata di belakang Inter dan berada dalam tekanan untuk menewaskan Napoli berikutan tiga kali seri berturut-turut, manakala Inter pula akan melayani Empoli, lusa.
Sementara itu, Bologna gigih berusaha bagi persaingan untuk kelayakan Liga Juara-Juara kerana anak buah Vincenzo Italiano terus membuat persembahan terbaik. – AFP