MILAN, 13 FEB – Inter Milan menyasarkan kedudukan teratas Serie A apabila juara Itali itu berkunjung ke Turin pada Ahad ini untuk menentang seteru, Juventus, dengan hanya satu mata di belakang pendahulu liga, Napoli.
Kemenangan pada malam Isnin ke atas Fiorentina mengurangkan jurang di belakang Napoli, menjadikan perebutan Scudetto semakin menarik dengan kedua-dua pasukan bakal bertemu di Naples dalam dua minggu lagi.
Namun, Inter berdepan cabaran sengit apabila Juventus sedang mencatat prestasi terbaik dengan tiga kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.
Pada masa sama, Napolis turut berdepan laluan sukar apabila dijadual bertandang ke Lazio yang kini berada di tangga keempat.
Pasukan kendalian Antonio Conte itu kehilangan tonggak utama, Khvicha Kvaratskhelia, yang digantikan David Neres, yang mengalami kecederaan paha dan dijangka akan berehat sehingga awal Mac.
Bagi Inter, pertemuan dengan Juventus memberi kelebihan buat mereka kerana mendapat tempoh rehat lebih panjang selepas layak terus ke pusingan 16 teratas Liga Juara-juara.
Sementara itu, terpaksa Juventus mengerah tenaga untuk meraih kemenangan 2-1 dalam aksi play-off menentang PSV Eindhoven pada Selasa.
Rehat itu sepatutnya membantu Inter apabila Marcus Thuram dijangka cukup cergas untuk diturunkan untuk memulakan perlawanan di Allianz Stadium selepas digantikan awal ketika menentang Fiorentina.
Namun jika sebaliknya, Inzaghi bakal berdepan masalah di jentera serangan dengan Marko Arnautovic turut mengalami kecederaan paha dan Medhi Taremi masih gagal memberikan impak sejak tiba dari Porto.- AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P22-3-AFP-web_14022025.jpg)