Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Inter kini empat mata di depan Juventus

    MILAN, 5 FEB – Inter Milan menguasai saingan kejuaraan Serie A dengan memenangi pertembungan yang dinanti-nantikan kelmarin ke atas Juventus 1-0 dan merampas empat mata di depan pesaing terdekat mereka untuk Scudetto.

    Skuad kendalian Simone Inzaghi itu menang dalam pertembungan tegang tetapi penuh peristiwa di San Siro hasil jaringan sendiri Federico Gatti lapan minit sebelum separuh masa.

    Peminat tuan rumah yang memenuhi tempat duduk untuk perlawanan terbesar musim ini bersorak gembira apabila Inter yang mendahului merapatkan jurang antara mereka dan Juve di tangga kedua dengan kemenangan keenam berturut-turut dalam semua pertandingan.

    “Ia adalah satu langkah dalam perjalanan yang panjang kerana masih banyak perlawanan yang perlu diharungi dan Juve tidak akan berputus asa, tetapi ia adalah malam yang hebat di hadapan orang ramai,” kata Inzaghi kepada DAZN.

    “Sukar untuk mencari kelemahan malam ini. Kami telah memenangi 18 daripada 22 perlawanan yang hebat tetapi kami hanya empat mata di hadapan Juve. Napoli jauh di hadapan pada peringkat ini musim lalu.”

    Inter juga mempunyai satu perlawanan di tangan – di tempat sendiri menentang Atalanta pada penghujung bulan ini – satu kelebihan besar ketika mereka mengharungi perlawanan sukar yang menampilkan perlawanan peringkat 16 terakhir Liga Juara-juara dengan Atletico Madrid.

    Mereka juga telah bertandang ke Riyadh bulan lepas untuk memenangi Piala Super Itali. – AFP

    Reaksi pemain Inter Milan selepas Gatti (kiri), menjaringkan gol sendiri semasa perlawanan antara Inter Milan dan Juventus, di Milan, Itali pada 4 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...