Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inter Miami sedia beli pemain nama besar

    MIAMI, 28 FEB – David Beckham berkata Inter Miami bersedia untuk membuat pembelian nama besar ketika mereka membuat persiapan untuk musim kedua di Major League Soccer (MLS), di bawah kendalian pengurus baharu, Phil Neville.

    Bercakap pada kelmarin semasa acara pelancaran jersi baharu pasukan, pemilik bersama Inter, Beckham berkata pasukan menyaksikan bakat pemain kelahiran kelab sebagai batu loncatan bagi kejayaan tempoh jangka masa panjang.

    Walau bagaimanapun, dia mengambil maklum bahawa Inter kekal dalam misi memburu nama-nama besar, memetik pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, sebelum ini berminat untuk beraksi di MLS.

    “Seperti yang saya katakan sebelum ini, sistem akademi kami adalah bahagian penting bagi kelab ini dan jika kami mampu membawa pemain yang setia kepada Inter Miami dan itulah matlamatnya,” Beckham memberitahu AFP.

    “Tetapi kami juga mengetahui bahawa di Miami, peminat mahu melihat nama pemain besar.

    “Kami telah membeli pemain seperti Gonzalo Higuin dan Blaise Matuidi yang menambah glamor tetapi untuk maju ke hadapan, kami mempunyai peluang untuk membawa nama hebat seperti itu.” Ditanya mengenai Messi atau Ronaldo, Beckham enggan menolak sebarang kemungkinan bagi kedua-dua pemain berkenaan.

    “Pemain mempunyai hak ke atas pasukan, masih mempunyai cita-cita dan inginkan kemenangan,” kata Beckham.

    “Jadi mana-mana pemain yang kami membuat perbincangan, kami terpaksa memastikan ia adalah keutamaan. “Sudah tentu, kami sentiasa mahu membawa pemain hebat. Miami adalah tarikan buat semua dan pemain seperti (Messi dan Ronaldo) adalah cita-cita kami untuk dibawa menyertai kelab.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda