MIAMI, 16 JULAI – Inter Miami akan meraikan penandatanganan pemain bintang, Lionel Messi hari ini, tetapi akan melakukannya selepas melanjutkan rekod tanpa kemenangan kepada 11 perlawanan dengan kekalahan 3-0 di tangan St Louis City, kelmarin, menyebabkan mereka berada di kedudukan tercorot Major League Soccer (MLS).
Miami mengesahkan ketibaan Messi beberapa jam sebelum perlawanan bermula di Missouri, tetapi gagal memberi inspirasi kepada pasukan bimbingan Gerardo Martino untuk mencatat kemenangan selepas mereka mengalami kekalahan ke-14 daripada 22 perlawanan.
Ikuti berita lanjut dalam Edisi Isnin (Media Permata)


