Thursday, January 30, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inter Milan julang Piala Itali

    ROM, 12 MEI – Inter Milan berjaya merangkul Piala Itali kelapan kelmarin selepas menewaskan Juventus 4-2 dalam kemenangan masa tambahan yang penuh dengan insiden dan kontroversi.

    Ivan Perisic melengkapkan kemenangan yang mendebarkan dengan dua gol pada separuh masa pertama masa tambahan.

    Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan selepas Hakan Calhanoglu berjaya menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada minit ke-80.

    Nicolo Barella meletakkan Inter dihadapan pada minit keenam melalui percubaan jarak jauh. Rembatan kencangnya terhasil selepas permulaan cemerlang pasukan Inter yang berusaha mengalahkan Juve.

    Juve sepatutnya mendahului menerusi gol pantas dari Alex Sandro dan Dusan Vlahovic pada awal separuh masa kedua namun keputusan pengadil Paolo Valeri untuk memberikan sepakan penalti selepas Lautaro Martinez terjatuh berikutan sentuhan sedikit daripada Leonardo Bonucci menimbulkan kemarahan pemain-pemain Massimiliano Allegri. – AFP

    Reaksi pemain Inter meraikan trofi selepas memenangi perlawanan bola sepak akhir Piala Itali kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda