Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inter Milan lebih dominan

    MILAN, 16 Okt – Mauro Icardi menjaringkan hatrik ketika Inter Milan mengekalkan rentak menyaingi pendahulu Napoli dengan menewaskan AC Milan 3-2 dalam pertembungan sengit Serie A semalam.

    Kapten pasukan Inter, Icardi melengkapkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit akhir di depan 80,000 penonton di San Siro untuk melengkapkan hatriknya selepas berjaya menjaringkan gol pada minit ke-28 dan 63.

    Pemain penyerang Sepanyol, Suso (36’) dan Giacomo Bonventura (81’) dua kali meletakkan AC Milan bagi menyamakan kedudukan dalam pertembungan derbi ‘China’ di antara kedua buah kelab yang dikuatkan dengan pelaburan berjuta dolar oleh pemilik mereka dari Asia.

    Dengan Juventus tewas 2-1 kepada Lazio pada Sabtu lalu, Inter kendalian Luciano Spalletti sekarang bersendirian di tangga kedua, dengan dua mata di belakang Napoli yang akan mereka hadapi pada hujung minggu ini.

    “Menjaringkan tiga gol dalam perlawanan itu adalah sesuatu yang istimewa,” kata Icardi.

    Kapten Inter, Icardi ketika menjaringkan gol ke atas AC Milan dalam aksi menarik Serie A di Stadium San Siro yang berkesudahan Inter menang 3-2. – AFP

    “Perkara paling penting adalah Inter menang. Terlalu awal untuk membincangkan mengenai cabaran Scudetto,” jelasnya.

    “Kami melakukan dengan cara yang tepat dari pra musim dan sekarang kami perlu memikirkan mengenai persaingan seterusnya menentang pesaing hebat seperti Napoli.

    “Ia adalah perlawanan istimewa bagi saya, kerana mereka adalah pendahulu dan beraksi dengan permainan bola sepak terbaik di Eropah.”

    Napoli mengekalkan persaingan sempurna mereka dengan lapan kemenangan dari lapan perlawanan dengan Lorenzo Insigne menjaringkan satu-satunya gol dalam kemenangan ke atas Roma. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda