Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Inter Milan menyesal lepaskan Perisic

    ROM, 31 MEI – Inter Milan mengesahkan kelmarin mengenai pemergian bek sayap mereka, Ivan Perisic, yang telah tamat kontrak, sambil menyatakan harapan mereka untuk merekrut Paulo Dybala yang telah dilepaskan oleh Juventus.

    Perisic, 33, menjadi salah seorang pemain utama Inter musim ini dengan sumbangannya memenangi Piala Itali menentang musuh ketat mereka, Juventus.

    Walau bagaimanapun, pemain Croat itu kini telah dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham Hotspur di mana dia akan bersatu semula dengan bekas pengurus Inter, Antonio Conte.

    “Ia adalah satu penyesalan, tetapi dia mahukan pengalaman dalam Liga Perdana,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Inter, Giuseppe Marotta.

    “Kami bukan berada dalam kedudukan yang dapat memberikannya tawaran yang lebih baik,” tambahnya.

    Pemain pertahanan Inter, Ivan Perisic (tengah) berhasrat untuk bermain di pentas Liga Perdana pada musim hadapan. – Xinhua

    Ivan Perisic, yang mencatatkan jaringan lapan gol dan membuat enam assist musim ini, dilaporkan menuntut enam juta euro ($6.3 juta) semusim dari kelab Inter.

    Inter berminat dengan syarat tersebut, bagaimanapun, pada masa yang sama mereka juga mahu menarik pemain Argentina, Dybala yang merupakan seorang pemain playmaker.

    “Jelas sekali, harapannya ialah dia dapat bermain dengan kami,” kata Marotta yang mengakui, sambil tersenyum, bahawa dia belum tahu di mana Perisic akan bermain pada musim hadapan.

    Marotta juga tidak menolak kemungkinan untuk Romelu Lukaku kembali ke Inter.

    Penyerang Belgium itu berlepas ke Chelsea pada musim panas lalu dengan harga hampir 115 juta euro tetapi tidak berpuas hati dengan situasinya di Stamford Bridge.

    Manakala itu, pasaran perpindahan belum dibuka secara rasmi sehingga 1 Julai di Itali. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...