MADRID, 22 Ogos – Pemain tengah Perancis Geoffrey Kondogbia, 24, telah menyertai Valencia dengan pinjaman selama semusim dari Inter Milan, umum kelab Perancis itu semalam.
“Valencia telah mencapai persetujuan dengan Inter Milan bagi pinjaman untuk musim ini, sehingga 30 Jun 2018, dengan pilihan untuk membeli bagi pemain tengah Perancis, Geoffrey Kondogbia,” menurut satu kenyataan Valencia.
Sebagai sebahagian daripada persetujuan itu, bek kanan Valencia, Joao Cancelo dijangka menyertai Inter juga melalui pinjaman. Kondogbia sudah mempunyai pengalaman meluas La Liga selepas musim hebat 2012/13 dengan Sevilla sebelum berpindah ke Monaco.
Selepas membantu pasukan Perancis itu ke suku akhir Liga Juara-Juara, Kondogbia menyertai Inter dengan nilai 40 juta euro pada tahun 2015.
Kondogbia mungkin membuat penampilan pertamanya apabila Valencia berkunjung ke juara Eropah, Real Madrid hujung minggu ini.
Valencia memulakan kempen La Liga dan jurulatih baru mereka, Marcelino Garcia dengan kemenangan 1-0 ke atas Las Palmas minggu lepas. – AFP