MADRID, 22 Ogos – Pemain tengah Perancis Geoffrey Kondogbia, 24, telah menyertai Valencia dengan pinjaman selama semusim dari Inter Milan, umum kelab Perancis itu semalam. “Valencia telah mencapai persetujuan dengan Inter Milan bagi pinjaman untuk musim ini, sehingga 30 Jun 2018, dengan pilihan untuk membeli bagi pemain tengah Perancis, Geoffrey Kondogbia,” menurut satu kenyataan Valencia.