MILAN, 21 OKT – Inter Milan terselamat daripada kebangkitan lewat Sassuolo dan gangguan payung terjun yang mendarat di padang sebelum menang 4-3 dan menghampiri pendahulu Juventus dalam saingan Serie A Itali.
Sementara tugas pertama Stefano Pioli sebagai pengendali AC Milan berakhir seri 2-2 berdepan kelab tercorot, Lecce.
Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez masing-masing meledak dua gol dalam aksi dramatik yang menghasilkan tujuh gol untuk mengekal kedudukan barisan Antonio Conte di tempat kedua, satu mata di belakang Juventus yang menewaskan Bologna, 2-1 pada Sabtu.
Inter Milan mendahului 4-1 dengan permainan berbaki 20 minit selepas Martinez menjaringkan gol pembukaan seawal dua minit permainan di Sassuolo, sebelum menambah jaringan kedua menerusi penalti pada minit ke 71. – AFP
