Saturday, July 26, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Internet Starlink alami gangguan global selama beberapa jam

    WASHINGTON, 25 JULAI – Perkhidmatan internet satelit Starlink milik Elon Musk mengalami gangguan rangkaian global selama beberapa jam kelmarin, yang menurut pihak syarikat berpunca daripada kerosakan perisian utama.

    Gangguan tersebut diumumkan menerusi akaun rasmi Starlink di platform X sekitar jam 4 petang, selepas pengguna di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mula melaporkan masalah akses sejam lebih awal menerusi laman pemantauan perkhidmatan internet, di Downdetector.

    “Perkhidmatan akan dipulihkan dalam masa terdekat,” kata Musk dalam satu hantaran di X, sementara memohon maaf kepada pengguna atas gangguan yang berlaku. “SpaceX akan menangani punca utama bagi memastikan ia tidak berulang.”

    Beliau kemudian berkongsi kenyataan Naib Presiden Kejuruteraan Starlink, Michael Nicolls, yang menjelaskan bahawa gangguan berlaku akibat ‘kegagalan perkhidmatan perisian dalaman utama yang mengendalikan rangkaian teras’.

    Nicolls turut memaklumkan rangkaian Starlink ‘sebahagian besarnya sudah pulih’ daripada gangguan yang berlangsung sekitar dua jam setengah itu.

    Dua jam selepas itu, Starlink mengesahkan bahawa masalah telah diselesaikan sepenuhnya dan perkhidmatan telah dipulihkan.

    Laporan gangguan pengguna di Downdetector mula muncul selepas jam 3 petang, mencapai kemuncak pada jam 3:34 petang dan beransur pulih menjelang 11 malam. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda