Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Interpol keluarkan amaran tangkap ke atas 3 warga Serbia

    THE HAGUE, 31 Mac – Interpol telah mengeluarkan red notices iaitu permintaan pencarian bagi penangkapan tiga warga Serbia, dua daripada mereka peguam, yang dituduh menyaksikan pemberian rasuah, mahkamah jenayah perang bekas Yugoslavia, PBB mengumumkan hari ini.

    “Red Notices yang mengehendaki pengesanan dan penangkapan tertuduh, Peter Jojic, Jovo Ostojic dan Vjerica Radeta telah dikeluarkan oleh Interpol atas permintaan Pendaftaran Tribunal,” menurut Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia(ICTY).

    “Red Notices berkuat kuasa dari 16 Mac 2017,” tambahnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di The Hague.

    Kes terhadap tiga tersangka itu telah berlarutan lebih dua tahun, selepas ICTY mengeluarkan waran tangkap pada Januari 2015 bagi tiga sekutu Serb Vojislav Seselj radikal.

    Peguam-peguam bela itu, Jojic dan Radeta dan bekas sekutu waktu perang, Ostojic didakwa pada Disember 2014 kerana ‘telah mengancam, mengugut, memberikan rasuah atau campur tangan dengan kedua-dua saksi,” dalam dua kes melibatkan Seselj.

    Seselj, seorang ultranasional telah dibebaskan dalam perbicaraan utamanya pada Mac 2016 bagi sembilan tuduhan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang berbangkit dari konflik Balkan 1990-an.

    Namun tiga lagi suspek masih diburu untuk dibicarakan atas dakwaan berasingan, dan mahkamah semakin berang kerana keengganan Belgrade untuk menyerahkan mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda