Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Interpol keluarkan notis merah berkas pewaris Red Bull

    BANGKOK, 5 OKT – Interpol mengeluarkan ‘notis merah’ minggu lalu kepada negara-negara anggota selepas Thailand memohon bantuan untuk menahan seorang pewaris Red Bull yang terlibat dalam kemalangan jalan raya 2012 yang mengorbankan seorang polis, kata polis Thailand hari ini.

    Timbalan Jurucakap Polis Kolonel Kissana Phathanacharoen memberitahu The Associated Press bahawa agensi kerjasama polis yang berpangkalan di Perancis mengeluarkan notis itu pada Rabu lalu.

    Dia mengatakan polis Thailand menghubungi 194 anggota Interpol untuk meminta mereka memberikan maklumat mengenai keberadaan Vorayuth Yoovidhya, 38 tahun, yang lebih dikenali dengan nama panggilan ‘Boss.’

    Notis itu adalah bagi memohon bantuan kepada anggota polis di seluruh dunia ‘untuk mencari dan menangkap seseorang, sementara menunggu diekstradisi.’

    Bagaimanapun dalam keadaan tertentu, Interpol secara berkala menolak untuk memberi komen mengenai kes individu tersebut atas alasan peribadi.

    Ferrari Vorayuth melanggar seorang anggota pegawai polis yang ketika itu menunggang basikal di Bangkok pada awal pagi 3 September 2012, sekali gus telah menyebabkan kematian.

    Dia tidak menghadirkan diri ke mahkamah selama beberapa tahun dan terus menjalani kehidupannya sebelum melarikan diri ke luar negara selepas waran tangkap awal tahun 2017 dikeluarkan. – AP

    Gambar fail pada 15 April 2017 menunjukkan Vorayuth ketika meninggalkan rumahnya di London. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda