Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Interpol minta bantuan selesai kes bunuh 22 wanita

    LYON, 10 MEI – Polis antarabangsa (Interpol) hari ini melancarkan kempen meminta orang ramai tampil membantu mengenal pasti mayat 22 wanita yang dipercayai dibunuh di Belgium, Jerman dan Belanda dalam tempoh beberapa dekad lalu.

    Interpol dalam satu kenyataannya mengumumkan mengenai kempen ‘Identify Me’ dan percaya sebahagian mangsa mungkin berasal dari kawasan berbeza di timur Eropah.

    Mangsa tertua ditemui di lebuh raya A12 di Belanda pada 1976, manakala yang terbaharu ditemui di sebuah taman di Belgium pada Ogos 2019.

    Sebahagian mangsa yang belum dikenal pasti berkemungkinan dari negara lain dan identiti mereka belum disahkan.

    “Mayat mangsa mungkin dibiarkan di negara lain untuk menghalang siasatan jenayah”, katanya.

    Pembinaan semula muka dibuat untuk setiap mangsa selain maklumat mengenai tempat dan masa ditemui, barangan peribadi, pakaian dan barang kemas yang dipakai mangsa.

    Pengurus pangkalan data DNA Interpol, Francois-Xavier Laurent, berkata setiap kaedah dan kemungkinan yang boleh fikirkan untuk menyelesaikan kes ini sudah diterokai.

    “Siasatan menemui jalan buntu dan kami berharap perhatian umum akan membolehkan kami menyelesaikannya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda