Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Intracorp (B) Sdn Bhd telah mengadakan jualan gudang bermula hari ini sehingga 5 Mac bersempena dengan Jualan Istimewa Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE).
Pada jualan itu, pelbagai produk-produk menarik se-perti TV LED, Sistem Audio & Home Theatre, penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh, peralatan rumah dan dapur, set bilik tidur, set sofa, set makan dan sebagainya telah ditampilkan daripada jenama-jenama seperti Akira, Philips, Sealy, Panasonic, Samsung, Toshiba, Mayer, Beko, Electolux dan lainnya.
Di samping itu, bagi mana-mana pelanggan yang membuat pembelian sekurang-kurangnya $200 akan menerima rak kasut secara percuma.
Sepanjang jualan istimewa itu, orang ramai dan pelanggan adalah juga dialu-alukan untuk mendaftar bagi Kad Keahlian Intracorp untuk memiliki tawaran-tawaran harga yang menarik dan berpatutan.
