Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Intracorp adakan karnival sempena Brunei Salebration

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Orang ramai terutama penggemar jenama Philips kini sekali lagi berpeluang memiliki barangan dari jenama tersebut dengan harga dan diskaun menarik yang ditawarkan oleh Intracorp (B) Sdn Bhd dalam Karnival Philips sempena Brunei Salebration.

    Pengurus Pemasaran Intracorp, Lolita Carman Bito ketika ditemui di Megastore, Gadong, hari ini menjelaskan, Karnival Philips berlangsung dari akhir Disember hingga awal Januari 2021 itu berkonsepkan Experience Zone.

    Karnival itu juga turut memperkenalkan produk baharu iaitu RO Hot Water Dispenser.

    Semasa karnival berkenaan, para pelanggan dan orang ramai berpeluang melihat dan mengalami sendiri beberapa produk Philips yang sedia ada dan yang terbaharu.

    Selain itu, beberapa aktiviti menarik juga diadakan kepada pengunjung antaranya Instant Dip di mana pelanggan yang membeli barangan Philips dengan pembelian yang ditetapkan berpeluang menyertai aktiviti tersebut.

    Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demo masakan menggunakan barangan elektrik jenama Philip.

    Sejak dilantik menjadi pengedar tunggal jenama Philips DA dan produk PH sejak tahun 2017, Intracorp telah melancarkan beberapa produk dan memberi pengalaman menggunakan jenama Philips kepada pelanggan di negara ini.

    Orang ramai berpeluang melihat lebih dekat beberapa produk Philips yang terbaharu.
    Pelbagai produk menarik jenama Philips yang ditawarkan di Intracorp, Gadong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda