Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Intracorp anjur jualan gudang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Intracorp (B) Sdn Bhd ketika ini mengadakan jualan gudang besar-besaran sempena jualan istimewa sehingga awal November di outlet kilangnya di Jalan Gadong.

    Jualan ini menampilkan sejumlah besar produk elektrik berjenama Samsung, Philips, Beko dan banyak lagi yang terdiri daripada TV, penyaman udara, barangan dapur serta perabot. Intracorp juga menggabungkan pakej istimewa antaranya produk elektrik dan perabot dalam jualan tersebut bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan diskaun menarik.

    Menurut kenyataan dari Intracorp, jualan gudang tersebut bertujuan menghargai sokongan pelanggan setia mereka selama ini.

    Antara barangan yang dijual di outlet syarikat berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda