Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Bersempena dengan Jualan Pertengahan Tahun, Intracorp (B) Sdn Bhd, peruncit elektronik dan perabot pengguna terkemuka di negara ini sedang menganjurkan Warehouse Sale selama seminggu sehingga 2 Julai ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Intracorp, jualan istimewa itu menawarkan tawaran hebat bagi semua barangan mengikut terma dan syarat termasuklah warehouse clearance dan barangan perabot terpilih yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus.
Dalam pada itu, DST dan Incomm turut menyertai jualan berkenaan dengan tawaran-tawaran istimewa termasuklah telefon terpilih untuk orang ramai.
Sebagai sebahagian aktiviti menarik semasa jualan berkenaan, Spin & Win, demonstrasi memasak dan produk serta hadiah percuma turut disediakan bagi mereka yang mendaftar di laman web Intracorp sepanjang tempoh jualan berlangsung.
Selain itu, ganjaran hebat di Intracorp dengan tawaran eksklusif kad BIBD turut diketengahkan di samping ganjaran dengan baucar beli-belah $20 semasa tempoh promosi jualan berkenaan mengikut terma dan syarat tertentu.
Jenama lain yang dijual termasuk Akira, Beko, Kitchenaid, Samsung, Philips, Mistral, Mayer, Electrolux, Khind, Panasonic dan produk barangan perabot.