Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Intracorp (B) Sdn Bhd yang merupakan pembekal barangan elektronik rumah di Brunei, telah membuka outlet kilang pertama di negara ini yang terletak di Gadong.
Sempena pembukaan outlet kilang berkenaan, Intracorp menawarkan pelbagai barangan daripada barangan elektronik hinggalah perabot rumah pada harga yang berpatutan.
Outlet Kilang Intracorp bukan saja menawarkan model-model baharu daripada pelbagai jenama tetapi juga menawarkan model yang sebelumnya dan model set yang telah diperbaharui dan diperbaiki, dijual dengan harga mampu milik.
Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jualan Pengguna Elektronik Intracorp (B) Sdn Bhd, Daniel Kwang SK ketika ditemu bual di outlet kilang itu, kelmarin.
Beliau seterusnya menjelaskan, konsep kedai berkenaan yang menggabungkan model baharu, lama dan yang diperbaiki bertujuan untuk memberi banyak pilihan kepada orang ramai untuk memiliki barangan yang dihajati dengan harga yang berpatutan.
Bukan setakat itu, Intracorp juga membeli stok penutup daripada pembekal untuk terus membekalkan model tersebut ke pasaran pada harga yang menarik.
Sempena Hari Raya ini, Outlet Kilang Intracorp menawarkan diskaun istimewa daripada harga biasa.
Di samping itu, beberapa kempen cabutan bertuah untuk beberapa produk turut diadakan bagi memeriahkan lagi pembukaannya.
