Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Intracorp lancar produk barangan dapur Akira

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Sempena Brunei Salebration tahun ini, Intracorp (B) Sdn Bhd telah melancarkan pelbagai produk barangan dapur Akira.

    Antara produk yang diperkenalkan di pasaran negara ini termasuk Akira Electric Multi Cooker yang mana produk ini boleh digunakan untuk beberapa kaedah masakan antaranya memanggang, memasak, membuat stu, menggoreng, stimbot dan membakar kek.

    Selain itu, turut diperkenalkan adalah Akira Air Oven yang boleh digunakan untuk membakar kek, memanggang, menggoreng dan mencairkan bahan beku. Di samping itu, beberapa barangan dapur lain jenama Akira juga boleh dilihat di bilik pameran Intracorp Megastore, Gadong.

    Jenama Akira ditubuhkan di Singapura hampir 30 tahun lalu yang mana ia sinonim dengan ketahanan dan harga yang berpatutan sekali gus jenama yang popular di Brunei, Singapura dan beberapa buah negara di Asia Tenggara.

    Antara produk barangan dapur Akira yang diketengahkan di bilik pameran Intracorp Megastore. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda