Tuesday, July 22, 2025
31.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Intracorp lancar TV QLED Samsung

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-18, Intracorp (B) Sdn Bhd selaku pengedar utama jenama Samsung, telah melancarkan TV QLED Samsung yang kini boleh didapati di kedai-kedai jualan Intracorp di negara ini.

    Hadir bagi menyempurnakan pelancarannya Intracorp Megastore cawangan, Gadong, hari ini ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yoon Hyun-bong.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Besar Intracorp (B) Sdn Bhd, Vincent Tan; Pengarah Perniagaan Samsung Singapura, Sonny Kim Sun Bin; Pengurus Pemasaran Kanan Samsung Electronics Singapura, Gavin Yeong serta para pelanggan dan jemputan khas.

    Vincent Tan semasa menyampaikan ucapannya berkata, sejak Samsung melancarkan TV QLED pada 2017, Samsung pada tahun ini telah meningkatkan lagi TV QLED dengan perubahan yang lebih baik dan di luar jangkaan pelanggan.

    Beliau berkata lagi, kini Intracorp melancarkan pelbagai siri promosi jenama Samsung bersempena dengan pelancaran Samsung QLED pada sambutan ulang tahun Intracorp (B) Sdn Bhd ke-18 tahun.

    Pada masa yang sama, dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan bantuan, sebahagian daripada hasil jualan daripada sambutan ulang tahun tersebut akan disumbangkan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan).

    Puan Yang Terutama Yoon Hyun-bong bergambar ramai bersama Vincent Tan dan para jemputan khas.
    Antara barisan TV QLED Samsung yang ditawarkan Intracorp.

    Di samping itu, kotak sumbangan untuk Pusat Ehsan juga akan diletakan di semua bilik pameran Intracorp selain menyediakan petak untuk pusat berkenaan dalam usaha memberi kesedaran dan membuka pengambilan sukarelawan semasa sambutan berlangsung.

    Sementara itu, Gavin Yeong dalam ucapannya pula menjelaskan bahawa TV QLED bagi 2018 menawarkan barisan TV yang menampilkan reka bentuk tanpa tandingan dan ciri-ciri paparan TV pintar untuk memberikan pelanggan pengalaman tontonan yang sempurna, dipertingkatkan lagi dengan bunyi berkualiti yang dihasilkan oleh AV Products.

    Beliau menambah, Samsung sentiasa komited dalam memberikan teknologi yang inovatif dan mudah kepada para pelanggan mereka.

    Antara ciri yang terdapat pada TV QLED adalah kualiti gambar yang menakjubkan dengan menggunakan pemproses ‘The Q Engine’ dan meningkatkan lagi penggunaan Quantum Dot Technology yang memberikan jumlah warna kepada 100 peratus.

    Pada masa yang sama, siri TV QLED 2018 turut memberikan gambar yang berkualiti HDR10+.

    Selain itu, siri TV QLED 20 18 menawarkan ciri One Invisible Connection 2.0, kabel nipis yang menggabungkan kabel kuasa dan garisan data yang menyambungkannya ke kotak sambungan yang utama sahaja.

    Bersempena dengan pelancarannya juga, pelanggan yang membeli TV QLED akan mendapat TV 55’’ dan Soundbar percuma.

    Sambutan ulang tahun Intracorp (B) Sdn Bhd berlangsung selama dua bulan sehingga 18 November ini dengan menawarkan pelbagai hadiah dan promosi yang menarik serta cabutan utama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda