Intracorp rai ulang tahun Mayer, Mistral

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Sempena ulang tahun Mayer ke-32 dan Mistral ke-51, Intracorp (B) Sdn Bhd mengadakan beberapa acara yang juga diselajurkan dengan Brunei Salebration.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Intracorp, antara aktiviti yang diadakan termasuk membantu Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam di mana bagi setiap pembelian produk jenama seperti Mayer, Mistral, Ariston, Kitchenaid, Honeywell, dan Candy, 1 peratus hasil jualan dari awal Disember 2019 hingga penghujung Januari 2020 akan disumbangkan kepada pusat berkenaan, yang juga diadakan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat berkenaan.

Selain itu, sepanjang bulan ini, syarikat berkenaan juga mengadakan pertandingan Facebook di mana 40 beg cenderahati dan baucar Mistral akan diberikan kepada para pemenang bertuah.

Dalam pada itu, kenyataan turut memaklumkan mengenai produk-produk baharu yang dilancarkan Mistral iaitu Siri Mimica, merangkumi peralatan rumah yang mengetengahkan fungsi dengan gaya.

Untuk memenuhi jangkaan estetik dan skim rekaan yang menjadi trend pada masa ini, barisan peralatan rumah baharu Mimica berkenaan membawa konsep berasaskan rekaan kontemporari, kesederhanaan dan moden Jepun dan Korea dengan warna putih dan tekstur kayu.

Produk-produk di bawah siri ini termasuk 1.8L Electric Kettle, Multi-functional Electric Hot Pot with Grill, 0.8L Rice Cooker, 1.0L Digital Rice Cooker, 9″ High Velocity Fan with Remote Control, 10″ High Velocity Fan with Remote Control dan 12″ High Velocity Fan with Remote
Control.

Antara produk-produk baharu di bawah Siri Mimica yang dilancarkan Mistral. – Gambar daripada Intracorp