Tuesday, December 31, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inul Daratista bawa duit berjuta untuk sedekah

    Penyanyi dangdut Inul Daratista akan memastikan membawa wang tunai sekurang-kurangnya 10 juta Rupiah (RM2,890) dalam beg tangannya sebelum keluar rumah.

    Bagaimanapun ia bukan untuk belanja sebaliknya kata Inul, 45, wang tersebut adalah untuk disedekahkan kepada pemuzik jalanan atau terserempak dengan golongan memerlukan.

    “Sejak berkemampuan dan ada rezeki lebih, beg tangan saya sentiasa ada wang tunai. Tujuannya untuk disedekahkan kepada pemuzik jalanan atau sesiapa sahaja yang minta. Kalau ada yang minta saya memang sudah untuk tolak. Biasanya dalam masa dua hari duit itu akan habis. Saya percaya jika jadi orang baik, orang sekeliling akan menjaga kita,” katanya.

    Dalam pada itu, Inul berkata, dia bukan cuba bermegah dengan kebaikan dilakukan namun ia peringatan bahawa dia pernah melalui fasa hidup susah.

    Apabila sudah berkemampuan, dia merasakan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu meringankan beban orang lain kerana memahami perasaan mereka.

    “Saya juga dulu hidup susah. Tiada apa-apa. Masa menyanyi di kafe pun pendapatan tak banyak. Apabila darjat kita ditinggikan, jangan lupa membantu orang lain,” ujarnya. – Agensi

    Inul dan suami tidak lokek bersedekah. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda