Penampilan penyanyi Inul Daratista yang sering mengenakan rambut palsu menjadi perhatian ramai.
Inul, 46, berkata dia memakai rambut palsu untuk kesihatan rambut dan keselesaan dirinya.
“Saya kena jaga rambut saya, rambut saya pun bukan elok mana. Kalau selalu luruskan nanti akan jadi rosak macam sabut kelapa.
“Jadi saya pakai rambut palsu untuk lebih selamat,” katanya memetik laporan Detik Hot.
Berkongsi lebih lanjut, Inul berkata dia juga mempunyai pelbagai koleksi rambut palsunya.
Menurutnya, dia sentiasa mementingkan penampilan diri malah kerap menukar gaya rambutnya.
“Saya ada banyak rambut palsu, ada yang saya bagi orang kalau sudah tidak mahu guna.
“Saya juga pernah beri sekotak rambut kepda rakan saya di Malaysia. Rambut itu masih lawa dan elok,” luahnya.
Pun begitu, Inul memberitahu dia tidak akan berbelanja secara berlebihan hanya untuk membeli rambut palsu baharu.
“Rambut palsu memang kepuasan saya, tapi tidaklah saya membazir dengan membeli rambut yang terlalu mahal. Semuanya bergantung kepada jenisnya,” luahnya. – Agensi
