Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inul kenang detik hamil 15 tahun lalu

    Penyanyi dangdut popular Indonesia, Inul Daratista berkongsi detik-detik manis ketika mengandungkan anak sulungnya 15 tahun lalu, hasil perkahwinan dengan Adam Suseno, 64.

    Inul atau nama sebenarnya, Ainur Rokhimah, 45, memuat naik gambar ketika mengandungkan anaknya, Yusuf Ivander Damares di media sosial dan mendapat maklum balas positif oleh peminat.

    Menerusi hantaran gambar di Instagram, ramai peminat dan artis kagum dan gembira dengan perjuangan pasangan itu kerana mereka menanti selama 13 tahun untuk menimang anak pertama.

    Inul juga ada memuat naik gambarnya sedang sarat mengandung yang menampakkan perbezaan bentuk badannya.

    “Saya tidak takut kalau dikata buruk atau gemuk tapi saya lebih takut kalau dikata mandul,” tulisnya memetik laporan Harian Metro.

    Inul lebih takut jika dikata mandul. – idntimes.com

    Inul berkata, pengalaman dan perjuangan mendapatkan anak itu adalah pengalaman manis buat dia sekeluarga.

    “Salah satunya adalah suami yang setia menjaga dan menguruskan segala keperluan termasuk makanan dan posisi tidur saya.

    “Saya tidur dalam keadaan duduk kerana jika baring, oksigen tidak mencukupi dan ia akan memudaratkan keadaan kandungan saya.

    “Setiap malam, suami sentiasa memastikan saya selesa tidur dan membetulkan bantal saya sekiranya bergerak,” katanya.

    Dia mengingati kembali perasaan yang dirasakan selama sembilan bulan mengandung dan kesibukan dalam bidang nyanyian.

    Menurut Inul, tujuan dia membuat hantaran itu adalah sebagai sumber inspirasi dan motivasi untuk semua orang termasuk anaknya pada masa akan datang. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda