Thursday, March 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inventori minyak mentah AS merosot – API

    HOUSTON, 5 OKT – Institut Petroleum Amerika (API) pada Selasa melaporkan penurunan sebanyak 1.77 juta tong minyak mentah dalam inventori Amerika Syarikat (AS) bagi minggu berakhir 30 Sept, lapor Xinhua.

    Penganalisis menjangkakan kenaikan sebanyak 1.966 juta tong untuk minggu ini.

    API melaporkan lonjakan sebanyak 4.15 juta tong pada minggu sebelumnya.

    Harga minyak meneruskan trajektori meningkat pada Selasa ketika peniaga menunggu mesyuarat penting Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+.

    West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran November meningkat US$2.89 atau hampir 3.5 peratus untuk ditutup pada AS$86.52 setong di New York Mercantile Exchange. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda