Sunday, February 16, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ipar tapi macam kakak sendiri

    Salam sejahtera buat sidang pengarang dan para pembaca budiman, satu kisah yang ingin aku nukilkan dalam ruangan ini adalah mengenai kisah di mana, aku sendiri tidak pernah terbayang selama ini akan rapat dengan iparku. Masa abang kahwin, aku cuma fikir dia sekadar ahli keluarga baru yang aku kena hormat.

    Tapi lama-lama, dia jadi lebih daripada tu. Dia jadi macam kakak yang aku tak pernah ada.
    Masa aku baru habis sekolah dulu, aku tengah serabut cari hala tuju hidup.

    Dia yang banyak bagi nasihat. Pernah satu malam, aku duduk depan rumah, termenung panjang sebab keputusan aku nak sambung belajar kena tolak. Dia datang duduk sebelah aku, hulur secawan teh.

    “Kau tahu, aku dulu pun pernah rasa macam ni. Tapi, Allah selalu ada rancangan lebih baik.

    Kau jangan give up,” dia cakap sambil pandang aku macam seorang kakak nasihat adiknya.

    Foto Canva

    Sejak hari tu, aku mula terbuka untuk cerita banyak benda dengan dia. Anehnya, dia tak pernah judge aku, tak pernah bandingkan aku dengan orang lain.

    Dia selalu dengar dengan sabar dan bagi semangat bila aku rasa macam dunia dah jatuh.

    Kalau orang tanya aku sekarang, “Ipar kau macam mana?” Aku akan jawab dengan bangga, “Dia bukan sekadar ipar, dia kakak yang Allah pinjamkan untuk aku.”

    Adakah awda juga pernah rapat dengan ipar sehingga rasa dia macam keluarga kandung sendiri?

    Apa kenangan manis awda bersama ipar yang awda takkan lupa?

    Kadang-kadang, keluarga yang kita dapat melalui perkahwinan boleh jadi anugerah yang tak terduga.

    Iskandar

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih kepada Iskandar kerana berkongsi kisah dengan kami. Iskandar beruntung kerana mendapat kakak ipar yang boleh memahami dan membantu Iskandar semasa dalam kesusahan seperti yang Iskandar ceritakan.

    Sememangnya apabila berlaku suatu perkahwinan, dua individu tersebut bukan hanya mengahwini pasangannya sahaja tetapi seluruh ahli keluarganya.

    Dalam hal ini, nampaknya kakak ipar Iskandar telah menganggap Iskandar sepert adiknya sendiri dan mengambil berat terhadap diri Iskandar.

    Melalui sokongan dan kasih sayang yang diberikan olehnya, Dang MP harap Iskandar teruslah memelihara hubungan baik dengannya.

    Sentiasalah menghormatinya dan adik beradiknya yang lain juga.

    Sama seperti yang awda rasakan, keluarga melalui perkahwinan adalah anugerah yang kadangkala lebih indah daripada yang kita jangkakan.

    Dang MP berharap agar hubungan kekeluargaan yang terjalin tersebut terus berkembang dengan penuh kasih sayang dan kepercayaan di antara adik-beradik dan ipar-duai yang lain juga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda