Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    IPEF mampu beri peluang pelaburan, ekonomi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah telah menghadiri Mesyuarat Menteri Indo-Pacific Economic Framework for Prosperity (IPEF) yang berlangsung di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada 26 dan 27 Mei lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), di sini, kemuncak mesyuarat berkenaan merupakan pengumuman selesainya rundingan bagi Perjanjian Rantaian Bekalan IPEF Antarabangsa oleh rakan-rakan kongsi IPEF.

    Perjanjian yang dicadangkan itu bermatlamat untuk mencapai sebuah rantaian bekalan yang lebih mampan, kompetitif dan berdaya tahan di rantau Indo-Pasifik. Mesyuarat itu juga mengambil maklum akan perkembangan positif bagi rundingan-rundingan di bawah tonggak IPEF yang lain.

    Sebagai sebuah ekonomi yang kecil, Negara Brunei Darussalam melihat IPEF sebagai sebuah laluan yang membawa lebih banyak peluang-peluang pelaburan dan ekonomi ke rantau berkenaan.

    Dalam hubungan itu, Negara Brunei Darussalam akan terus beker-ja rapat dengan rakan-rakan kongsi UPEF untuk memajukan perjumpaan ke arah mencapai rangka kerja yang bermanfaat bersama dan berstandard tinggi.

    Turut hadir di mesyuarat menteri berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri) di MOFE, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin.

    IPEF telah dilancarkan secara rasmi pada 23 Mei 2022 oleh AS bersama-sama 13 buah negara iaitu Australia, Brunei Darussalam, Fiji, India, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

    IPEF berhasrat untuk memajukan daya saing dan pertumbuhan ekonomi bagi 14 rakan-rakan kongsi IPEF. Rangka kerja itu juga menyediakan manfaat nyata yang dapat memacu pelaburan dan aktiviti ekonomi.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew telah menghadiri IPEF di Detroit, Michigan, AS, baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...