Thursday, April 17, 2025
29.8 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

iPhone 16 mula dijual semula di Indonesia

JAKARTA, 11 APRIL – Pembeli telefon pintar diceriakan oleh para pekedai di Jakarta hari ini selepas telefon pintar terbaharu Apple mula dijual berikutan larangan berbulan-bulan di Indonesia.

Pemasaran dan penjualan model iPhone 16 telah dilarang oleh kerajaan pada Oktober kerana kegagalan Apple memenuhi peraturan yang memerlukan 40 peratus komponen telefon pintar dibuat daripada bahagian tempatan.

Bagaimanapun, syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat itu mengumumkan bulan lalu bahawa model telefon pintar terbaharunya akan muncul di pasaran, beberapa minggu selepas membuat perjanjian dengan kerajaan Indonesia untuk melabur di negara itu.

Albert Wongso, 34, berkata kepada AFP di luar kedai dia sangat gembira mengetahui bahawa iPhone 16s kini boleh didapati di Indonesia.

“Saya sangat gembira mendengar berita itu kerana kami boleh membeli iPhone terus dari Indonesia,” kata perunding IT itu kepada AFP hari ini, sambil menambah bahawa dia sedang mencari untuk membeli model iPhone 16 Pro untuk menggantikan iPhone 11 miliknya.

“Sebab kalau kita beli dari negara seberang agak susah contohnya nak tuntut waranti,” katanya.

Semasa larangan itu dilaksanakan, kerajaan Indonesia telah membenarkan model iPhone 16 dibawa masuk ke negara itu, dengan syarat ia tidak didagangkan secara komersial. – AFP

Para pekerja bersedia untuk menjual Apple iPhone 16 di sebuah kedai di Jakarta pada 11 April. – AFP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda