Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    iPhone baharu dijangka tukar pengecasan

    SAN FRANCISCO, 12 SEPT – Apple dijangka akan memperbaharui rangkaian iPhone dengan meningkatkan prestasi dan menukar kepada pengecasan universal yang akan menjadi wajib di Eropah pada tahun depan.

    Titan teknologi itu tidak mendedahkan apa-apa tentang apa yang diumumkan pada acara Wonderlust di ibu pejabatnya yang sama seperti kapal angkasa di Lembah Silicon.

    Walau bagaimanapun, pengumuman itu dibuat ketika Apple biasanya mengumumkan iPhone baharu yang akan dikeluarkan menjelang musim membeli-belah yang penting pada cuti perayaan.

    Pengeluaran iPhone 15 dibuat pada masa syarikat terbesar dunia berdasarkan modal pasaran itu menghadapi tekanan dalam pasaran utama China di mana laporan mengatakan kerajaan melarang penjawat awam menggunakan iPhone. Walaupun ia hanya akan memberi kesan yang kecil terhadap jualan, ia menunjukkan bagaimana ketegangan diplomatik yang semakin meningkat antara Washington dan Beijing boleh menimbulkan lebih banyak persoalan tentang kebergantungannya kepada China untuk pengeluaran. – AFP

    Foto ilustrasimenunjukkan pengecas dan palam USB-C yang digunakan untuk mengecas Apple iPad kelmarin di Los Angeles. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda