Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    iPhone terbukti tahan lasak

    WASHINGTON, 9 JAN – Sekarang itulah yang disebut sebagai mod kapal terbang sebuah iPhone yang terjatuh dari penerbangan Alaska Airlines sejauh 16,000 kaki mendarat tanpa retak sedikit pun pada skrin malah bateri masih dicas separuh.

    Telefon itu disedut keluar dari Penerbangan 1282 Alaska Airlines pada Jumaat apabila panel fiuslaj tercabut, meninggalkan lubang besar. Pesawat penumpang membuat pendaratan cemas tidak lama kemudian, dengan semua penumpang selamat.

    Dalam usaha pencarian serpihan, seorang lelaki bernama Sean Bates di negeri barat laut Washington menemui sebuah iPhone di tepi jalan, yang kelihatan seperti milik salah seorang penumpang.

    Foto peranti tersebut dimuat naik di X pada Ahad menunjukkan skrin yang utuh dan resit bagasi bernilai AS$70 yang dihantar melalui e-mel. Bateri menunjukkan cas sehingga 44 peratus dan telefon pintar itu masih berada dalam mod penerbangan. – AFP

    Gambar Fox Business
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda