Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ippo Hafiz hargai sokongan peminat

    PENYANYI Ippo Hafiz yang terkenal sebagai penyanyi dan pencipta lagu tema drama melakar sejarah tersendiri apabila bakal menjayakan konsert soundtrack pertama di Malaysia pada 6 Oktober ini.

    Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 28, berkata, Konsert Soundtrack Ippo Hafiz 2017 yang akan berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi itu dirancang selepas sambutan Aidilfitri.

    “Ikutkan saya merancang untuk mengadakan konsert ini pada April lalu. Namun disebabkan beberapa perkara saya tunda ke tarikh lain. Alhamdulillah, perancangan ini dipermudahkan serta mendapat sokongan beberapa pihak termasuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

    “Konsert di UKM ini adalah permulaan kepada perancangan untuk mengadakan siri jelajah di beberapa lagi lokasi universiti dalam negara. Jika konsert ini berjaya, Insya-Allah saya akan teruskan lagi pada tahun depan,” katanya.

    Ippo berkata, dia juga dalam proses mendapatkan permohonan daripada Malaysia Book of Records.

    Ippo Hafiz bakal melakar sejarah tersendiri dengan menjayakan konsert soundtrack.

    “Kos keseluruhan konsert ini daripada saya. Kalau ada yang menaja pun ia membabitkan pembelian tiket. Saya mengadakan konsert ini bukan mencari keuntungan, tetapi sebagai hadiah kepada peminat yang tidak berhenti memberikan sokongan kepada semua lagu ciptaan saya.

    Konsert itu juga bakal menampilkan 11 penyanyi termasuk dirinya serta penampilan istimewa pelakon Mira Filzah.

    Antara penyanyi terbabit ialah Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Irfan Haris, Ronnie Hussien, Syed Shamim, Deen Asimi, Fahd Ezuan dan Neon Band.

    Sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, Ippo sudah menghasilkan hampir 20 lagu yang kebanyakannya dipilih menjadi lagu tema drama dan filem tempatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda