Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

IPT swasta diiktiraf ASEAN, Eropah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC- KPI Kebangsaan 1.6 adalah petunjuk prestasi pengeluaran dari institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu kadar pengijazahan, yang mana prestasi dari IPT swasta adalah diambil kira.

IPT swasta secara menyeluruh menghasilkan kadar pengijazahan sejumlah 89.3 peratus bagi tahun keluaran 2021. Bagi memastikan kualiti sektor pengajian tinggi, salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi dalam mengukuhkan dan meningkatkan lagi kualiti sektor pengajian tinggi sama ada institusi awam mahupun swasta adalah pembentukan sebuah rangka kerja yang dipanggil Brunei Darussalam Higher Education Quality Assurance Framework (HEQAF). Ia merupakan satu instrumen dalam mengurangkan jurang kualiti antara IPT awam dan swasta.

Perkara tersebut diketengahkan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh bagi menjawab soalan yang diajukan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai KPI Universiti.

Yang Berhormat Datin berkata, IPT swasta adalah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, yang mana pemantauan jaminan kualiti secara berterusan dilakukan oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Datin turut menyentuh mengenai tujuan utama HEQAF adalah bagi memastikan kualiti IPT di negara ini adalah setara dan diiktiraf di peringkat serantau melalui penggunaan ASEAN Quality Assurance Framework (AQAF).

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -