MIRI, 22 OGOS – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan berbahaya iaitu 404 setakat pukul 9 pagi ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata ILP Miri terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran hutan dan tanah gambut di Kuala