Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iqbal Zulkefli tayang kucing bernilai RM15K

    Penyanyi dan pelakon, Iqbal Zulkefli sebelum ini pernah tular di media sosial selepas dia menayangkan dua ekor kucing peliharaannya yang bernilai belasan ribu ringgit kerana difitnah ‘gila harta’ oleh jutawan kos-metik, Datuk Seri Vida.

    Dua tahun berlalu, Iqbal kini menunjukkan keadaan terkini dua ekor kucingnya, Buya dan Pablo yang kini sudah mencapai berat sebanyak 14 kilogram dan lebih besar dari anak angkatnya Ziyad.

    “Kucing 14 kilogram lebih besar dari Ziyad.

    “Dua tahun saya tidak tunjukkan kepada umum kucing yang pernah tular saya beli RM15,000 seekor,” katanya, baru-baru ini.

    “Sekarang kedua-dua anak saya ini berusia dua tahun.

    “Jadi saya sudah punya tiga orang anak,” kongsi Iqbal di Instagram.

    Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja melihat keadaan terkini kucing viral milik Iqbal, malah ramai yang minta Iqbal terus membuat perkongsian mengenai kucing di media sosialnya. – Agensi

    Iqbal Zulkefli melihatkan kucingnya yang pernah tular kerana nilainya yang tinggi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda